http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=%2F2012%2F9%2F19%2Fcolumnists%2Fthestarsays%2F12049265&sec=thestarsays#.UFk3qM6PqFc.facebook
"Nak cakap pun salah, tak cakap pun salah.. tapi, kena cakap juga.. kan dah cakap, jgn cari pasal. tulah.. sekarang ni sapa yang susah? sendiri juga yang susah? sendiri juga yang malu.. sekarang apa nak jadi? nasi dah jadi bubur.. tanggung sendiri lah.."
"Sendiri mahu ingatlah Cik Adik ooi.. Dulu tak mahu jaga diri baik-baik.. degil.. kalau duduk rumah.. jaga kelakuan tu.. awak tu pompuan.. tahulah awak tu cantik.. ramai jantan tergila-gilakan awak.. ni haa.. sekarang dah mengandung anak luar nikah.. haa.. padan lah muka ko.."
"Mana jantan yang ko sanjung-sanjung tu? Ke hulu ke hilir.. berpeluk-peluk.. macam dah kahwin.. tapi, hilangkan diri pulak bila ko dah mengandungkan anak dia? Abis tu sekarang ni, ko nak buat apa? Nak simpan ke anak dalam kandungan ko ni? Nanti apa nak berbinkan dia.. Abdullah?"
"Ko ni memang anak tak kenang budi!! Aku dah tatang ko bagai minyak yang penuh.. macam ni balasan ko dengan aku? Ko baling najis kat muka aku ni? Mana aku nak letak muka aku ni pun aku tak tahu.. Malu aku ni dengan orang-orang! Hish! Ikutkan hati aku.. nak jer aku bunuh ko ni.. Memalukan!"
Hurm..
Aku sedih.
Aku tak tahu nak buat apa.
Aku tahu aku dah buat silap.
Tapi, aku kena teruskan hidup ni juga.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa aku.. aku menyesal.
Ya Allah.. kau bantulah hamba-Mu yang lemah ini..
Drama kehidupan ~
Sepanjang kita lalui kehidupan kita, seringkali kita berhadapan dengan dugaan dan cabaran hidup. Terkadang kita tersalah langkah, tersilap hitung namun, kita sebagai insan akur dengan kebesaran Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Seringkali kita lupa untuk bersama-Nya mengingati-Nya kerana khayal dengan dunia. Maka, ujian demi ujian Allah turunkan untuk menguatkan iman dan takwa kita.
Mungkin, dalam kehidupan kita seharian, di kalangan kelompok kita, jarang-jarang sekali kita dengar sahabat-sahabat kita yang terlanjur sikapnya sehingga mengundang rasa jelik dan malu lalu, mudah bagi kita menilai mereka-mereka yang tersasar dari nilai-nilai murni yang digarapkan dalam masyarakat kita pada hari ni. Contohnya bagi mereka yang terlibat dalam kes dadah, kes lahir anak luar nikah, kes pasangan sesama jenis dan bermacam-macam kes yang kita golongkan dalam ketegori Gejala Sosial.
Lantas, kita rasa berhak untuk mengutuk, mengkritik, mencerca dan menghukum mereka tanpa membuat apa-apa yang boleh membantu mengurangkan atau meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka. Ya. Lebih senang, kita boleh salahkan mereka dan teruskan dengan stigma sosial kita.
Ataupun, bolehkah kita merenung kembali mana silapnya kita pada akar umbinya dan bersungguh-sungguh menyediakan alternatif yang lebih efectif bagi menangani gejala sosial ini?
Apa yang boleh kita buat? Sungguh. Kalaulah adik yang terlanjur dan sedang mengandung anak luar nikah ni, adik kandung kita sendiri? Jalan apa yang terbaik untuk kita tangani ujian ini? Sikap yang bagaimanakah harus kita tunjukkan pada adik kita ini? Bolehkah kita menerima keadaan ini dan memaafkan dan terus menyayanginya? Bersama-sama mengharung ujian ini dan bersama-sama tabah menghadapi cabaran hidup ini?
Salam Sayang,
Sufi.