Aku dibesarkan sebagai seorang Melayu. Dari kecil lagi, aku diajar supaya menghormati orang tua, tunduk apabila melintas di depan orang tua. Aku diajar menjaga percakapan, tata tertib, saling menghormati, bekerjasama, membantu orang tua, tak bercakap semasa makan. Dalam fikiran aku, semua pun diajar perkara yang sama.
Sejak di sekolah rendah lagi aku senang berkawan dengan mereka yang berbangsa Cina, India dan lain-lain. Aku senang bergaul dengan kawan-kawan dari berbilang bangsa.
Aku ingat lagi, pada waktu itu aku berumur 7 tahun, aku sekeluarga pulang ke kampung di Tapah. Ada sebuah keluarga berbangsa Punjabi tinggal di sebelah rumah nenek aku. Mereka ada seorang anak perempuan, aku kira dia sebaya dengan aku tapi, aku tak ingat lagi nama dia. Aku masih ingat lagi senyuman dia dan jemputannya ke rumah dia untuk bermain. Aku senang. Pulang dari bermain, nenek tegur jangan ke rumahnya lagi. Aku diam tapi, dalam hati aku tertanya, "Kenapa?"
Aku selanjutnya meneruskan pengajian di Tingkatan Enam di Victoria Institution (VI) pada tahun 1998. Keputusan SPM aku cemerlang walaupun bukannya berderet A tapi, aku bangga dengan pencapaian aku dalam gred 1, 16 agreget. Dan, aku betul-betul berusaha untuk SPM. Pada waktu itu, ramai juga kawan-kawan sebaya terutama yang berbangsa Melayu melanjutkan pengajian di UiTM dalam matriks. Senang je. Isi borang UPU. Aku tahu kalau aku isi Borang UPU, aku boleh mendapat tempat. Tapi, entah kenapa, hati aku tak terasa langsung nak ke UiTM.
Seorang sahabat yang berbangsa Cina bertanya, "Result SPM you okay, kenapa tak apply UiTM?"
Aku jawab, "Entah. Tak rasa nak pergi," Suaranya berbaur pelik, "You orang melayu, sangat senang lah masuk UiTM, tak payah susah-susah ambil STPM," Sejak saat itu, hati aku berazam sesuatu. 'Apa, ko ingat sebab aku Melayu, aku senang nak masuk U ke? I want to earn it lah. Baru puas hati,'
Ya. I earned it. STPM, 5 prinsipal. Sekali lagi, keputusan aku bukan sederet A tapi, aku puas hati sebab aku betul-betul berusaha. Pada waktu itu, dunia aku cuma sekolah dan aku gembira belajar di VI. Suasananya senang menyeronokkan dan penuh dengan semangat dan ceria sekali. Aku masih lagi berhubungan dengan Kristi Choong, Elaine, Adhirai, Selvi, Nicole Chan, Ju, Sham, Zahrien, Vivian, Manu. Aku sangat aktif, terlibat dengan kegiatan koir, persatuan fotografi, aku dilantik menjadi Bendahari Rumah Shaw. Aku seronok belajar dengan mereka, bertukar-tukar ilmu dengan kawan-kawan.
Dalam tahun 2000, aku diterima masuk di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya. Orang kata, susah nak masuk. Orang pandai-pandai je boleh masuk. Aku terdengar ura-ura sebenarnya, UM ada kuota untuk kemasukan kemasukan orang Melayu.
Tiba-tiba, aku jadi kecut. Aku jadi takut. Aku marah dengan diri aku, sebab pandai-pandai je, ikut sedap isi borang UPU - minta kursus Undang-undang. Nak jadi lawyer ke? Aku ni boleh jadi lawyer ke? Lawyer tu pandai lah, aku bukannya pandai. Boleh bawak ke subjek Malaysian Legal System, Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Perlembagaan..Ish susahlah subjek ni.. Aku biarkan otak aku jadi negatif, katakan yang aku tak mampu. Aku letakkan kepercayaan dalam fikiran aku yang aku tak mampu nak bersaing dengan kawan-kawan dari bangsa lain, kawan-kawan dari Sabah, Sarawak, Penang. Lama-kelamaan, aku ada penyakit, low self esteem, kurang keyakinan diri.
Sedangkan, malam sebelum aku isi borang UPU, aku tanya dengan diri aku sendiri, boleh tak aku jadi selain daripada cikgu atau bekerja dengan kerajaan? Boleh tak kalau aku jadi peguam ataupun pensyarah? Hurm.. Aku tak rugi apa-apa, kalau dapat, baguslah, kalau tak dapat pun tak pe..
Bila aku ingat balik aku perjalanan hidup aku semasa di Universiti, aku pun tak sangka aku boleh berjaya menghabiskan pengajian aku walaupun, aku ambil masa lebih dari empat tahun. Ramai jugak kawan-kawan bumiputera/melayu yang pilih untuk menukar kursus lain dengan alasan tak minat. Aku pun patut pilih kursus lain kalau aku memang betul-betul tak minat bidang undang-undang. Buat apa aku nak bazirkan masa belajar kalau aku tak nak jadi peguam, kan? Tapi, aku teruskan jugak.
Sepanjang perjalanan hidup aku di UM, aku dengar banyak perbualan pasal budak Melayu ni malas lah berbanding dengan kaum lain. Belajar sambil lewa, tak bersungguh-sungguh. Ada ramai lah budak Melayu yang pergi buat MLM (multi-level marketing). Join politik kampus lah. Yang kena cultural shock, pergi clubbing. Yang dari pakai tudung, dah tak pakai tudung. Hah! Tu semua aku la tu kecuali join politik kampus. Eew, bosan. Owh, kalau pasal bercinta nombor satu. Masa time tu, orang giler chatting. IRC. Hehehe.. Aku jumpa cinta pertama (kunun) melalui IRC lah.. Dah kahwin dah pun orangnya, graduan dari Sydney dalam accounting and finance. Dia buat aku teringin sangat nak hidup di luar negara. Aku jadi bangga sebab ramai juga orang melayu kita yang belajar di luar negeri dan berjaya. Kalau dia boleh buat, kenapa aku tak boleh buat kan? Insyaallah, satu hari nanti..
Sekarang ni, dah hampir sedekad aku tinggalkan alam pengajian, dan mulai bekerja. Alhamdulillah, aku berjaya jadi peguam. Bercadang-cadang pulak nak buka firma guaman sendiri. Tapi, cakap-cakap pasal membeza-bezakan dengan bangsa lain masih ada. Melayu ni pemalas, ali baba. Cina ni kedekut, mata duitan. India ni pembelit, putar alam. Jadi bumiputera senang, dapat kuota besar. Kerajaan jaga.
Pendapat-pendapat yang berbaur negatif terhadap bangsa lain, hanya akan melemahkan semua orang, melemahkan negara kita, khususnya. Aku tak rasa kita patut rasa terancam antara satu sama lain. Kalau ada pihak-pihak yang tertentu beriya-iya sungguh berkempen demi menaikkan martabat bangsa sendiri dengan menjatuhkan dan memburukkan bangsa orang lain, itu sangat membosankan. Itu namanya rasis. Racism is so yesterday.
No comments:
Post a Comment