Translate

Saturday, July 23, 2011

"Ubah Silibus Tarik Pelajar Lelaki"

Oleh Sufi

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Sedang aku melayari internet - mencari idea untuk blog aku, artikel ini sangat menarik minat aku untuk mengulas apa yang sedang rancak diperkatakan di kalangan kita. Sudah tentu, isu gender adalah fokus aku.

And so, to conclude bilangan pelajar perempuan lebih banyak daripada pelajar lelaki, and I quote daripada artikel tersebut, "Daripada 105,377 pelajar baru yang mendaftar, sebanyak 61,750 atau 58.6 peratus adalah pelajar wanita. Ini bermakna, persekitaran kampus-kampus universiti awam kita akan dibanjiri oleh pelajar wanita."

So?

Daripada zaman aku masuk universiti lagi pada tahun 2000, isu pasal pelajar perempuan membanjiri kampus-kampus sudah menjadi perkara lazim, dah biasa dengar. Tetapi, ironinya, kita masih membincangkan mengenainya seolah-olah ianya satu perkara yang baru. Oh! Adakah sepatutnya perempuan tempatnya MASIH di ceruk dapur?

As I recall, masa aku belajar subjek Sejarah zaman SPM dulu, ada aku terbaca mengenai Kaum Muda pada waktu itu sudah mula menyarankan supaya kaum perempuan patut memajukan diri mereka dalam arena pendidikan untuk menentang penjajah. Even orang dulu-dulu, zaman sebelum merdeka pun sedar dan sensitif tentang betapa pentingnya peranan wanita dalam perjuangan menentang penjajahan. Ada juga Kaum Muda (yang diterajui oleh kaum lelaki) yang inginkan santapan mereka yang bukan sahaja nasi dan lauk pauk dihidangkan oleh para isteri mereka malahan, buah fikiran dan pendapat bernas mengenai isu semasa.

And I quote again “Ia sekali gus menunjukkan lebih ramai wanita akan mendapat pekerjaan yang baik berbanding dengan lelaki. Mungkinkah fenomena tersebut akan menyebabkan wanita mengambil alih peranan lelaki dalam mencari rezeki untuk keluarga.”

“Mungkin juga lebih banyak kaum lelaki terpaksa menjadi 'suri rumah' apabila isteri-isteri mereka keluar bekerja. Ia kini sedang berlaku dan tidak hanya di negara kita, malah turut melanda seluruh dunia. Soalnya, adakah ia satu keadaan yang 'sihat' untuk masyarakat kita?”

Erk?! Bagi aku, fenomena “house-husband” tak ada kena mengena dengan seorang suami itu tidak mendapat pendidikan yang tinggi dan wanita mengambil alih untuk mencari rezeki demi keluarga. Ini soal pilihan dan apa yang seseorang itu, baik lelaki dan perempuan mahu dalam hidup mereka.

Seorang perempuan yang memilih untuk berusaha demi masa depan mereka, adalah didorang dengan perasaan ingin berdirikari dan pada mereka mungkin, mereka mahukan kehidupan yang lebih terjamin. Kita sudah disuntik dengan idea betapa pentingnya kita untuk lulus dalam peperiksaan, supaya kita dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan dengan itu, kita boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan pendapatan yang lumayan.

Seperti yang telah dinyatakan oleh seorang pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad yang menegaskan bahawa kemasukan ke IPTA ditentukan oleh kelayakan akademik, bukannya keseimbangan jantina.

Menurutnya, pelajar wanita lebih cemerlang kerana mereka lebih rajin membaca, menghafal dan mentelaah pelajaran. Memandangkan sistem pendidikan kita lebih menjurus kepada tiga perkara tersebut, maka pelajar wanita yang secara lumrahnya lebih tekun dalam menghadapi pelajaran yang bercorak sedemikian lebih berjaya. Maka hasilnya mereka mampu meraih keputusan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang lebih cemerlang berbanding dengan pelajar lelaki.

"Dari aspek psikologi, memang itulah sifat pelajar wanita. Sebab itulah juga, apabila mereka memohon masuk ke universiti, mereka lebih suka memilih bidang-bidang yang memerlukan banyak membaca dan menghafal seperti kesenian, kesusasteraan dan sains sosial," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, pelajar lelaki pula lebih gemar kepada bidang-bidang yang tidak memerlukan mereka banyak membaca seperti kejuruteraan, arkitek, seni bina atau bio perubatan.

Kalau betullah sepeti yang dikatakan oleh Prof tersebut, maka bukankah sudah tiba masanya, sistem pendidikan di Negara kita patut diubah menurut arus perdana kini supaya, kedua-dua, kaum perempuan dan kaum lelaki sama-sama diberi peluang untuk meningkatkan diri melalui apa yang menjadi kekuatan mereka.

Stereotype gender masih lagi menjadi isu. Aku sebenarnya cuba memahami apa yang sedang berlaku dalam isu gender di Malaysia ni. Kita nampaknya, masih lagi belum cukup memahami peranan gender dalam masyarakat dan apa salahnya, dalam arus kemajuan kita pada zaman ini, subjek mengenai “kesamarataan gender” dipupuk di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Soalnya kini, adakah berlaku diskriminasi terhadap perempuan apabila penawaran terhadap pelajar lelaki meningkat, dan permintaan terhadap pelajar perempuan menurun? Ini berlaku terutamanya, dalam mendapatkan pekerjaan. Jika direnungi, saingan pelajar perempuan lebih sengit dikalangan mereka berbanding dengan pelajar lelaki.

Ingin aku membawa perhatian kepada bilangan wanita yang berkerja dalam bidang undang-undang misalannya, bilangan Hakim Wanita dalam Perundangan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia amnya. Adakah anda tahu, bahawa sehingga kini, bilangan hakim wanita baru ada dua(2) atau mungkin tidak lebih dari lima(5) berbanding dengan beribu-ribu hakim lelaki dalam Mahkamah Syariah di Malaysia? Kenapa ya? Adakah disebabkan tanggapan serong terhadap keupayaan wanita dalam mengadili sesuatu kes? Apa yang menyebabkan perkara ini terjadi?

Tidak cukup layakkah Peguam Wanita Muslim bagi diberi peluang untuk melayakkan mereka menjadi Hakim wanita di Mahkamah Syariah?

…akan dikupas isu itu kelak..

No comments:

Post a Comment