Translate
Wednesday, June 1, 2011
Hey Lady Driver Part I : Bubu Moment
Aku nak tulis pasal women driver tapi, aku google about women driver semuanya yag menyakitkan hati seolah2 perempuan ni tak boleh drive. Lebih baik biarkan lelaki yang drive semua dan ini menimbulkan pelbagai persoalan dalan fikiran aku. Kenapa agaknya sebegitu negative tanggapan masyarakat umumnya kaum lelaki bahawa pemandu perempuan ini begitu…bermasalah? Betul ke?
Honestly, aku agak tersinggung kerana ini pandangan yang bias dan aku tak mahu mempercayainya langsung. Tapi, aku rasa aku kena mengambil kira soal reality yang mana terdapat juga keadaan dan situasi di mana kemalangan-kemalangan kecil berlaku akibat kecuaian oleh kaum wanita. Namun demikian, menuding jari atau mendabik dada bahawa siapa yang lebih hebat membawa kereta tidak akan membawa kita ke mana pun. Di jalan raya, adalah tempat yang paling merbahaya. Kalau pemandu bersikap cuai dan reckless, jika berlaku situasi yang boleh mengkibatkan kemalangan bukan sebab “kau pompuan, ko dok sebelah pemandu. Meh aku bawa kereta untuk kau,”
Aku akui, nak kata aku ni pandai sangat bawak kereta tu tak la sangat sebab aku baru je ada 6 bulan pengalaman bawak kereta. Parking pun tak berapa cekap lagi. Tapi, siapa yang baru lahir tu dah boleh jalan kan? So, semuanya nak kena praktis. Practise make perfect what?
Anyway, aku nak share a bit pasal aku punya pengalaman bawak kereta for this passed 6 months. Huhu..
Sebenarnya, aku dah lama betul nak belajar bawak kereta. Percubaan pertama aku sit for ujian bertulis masa tu aku baru lepas habis STPM. Parents aku dok Ipoh sekejap. So, sementara tunggu result untuk masuk university mana, aku pun dok memulakan misi aku untuk belajar membawa kereta. Lulus lesen L tapi, mati selepas 2 tahun aku tak buat apa-apa pun selepas itu. Antara sebab-sebab utama ialah aku dah start belajar di UM dan aku tak ada masa nak pergi ke kelas memandu. Tapi, aku rasa main reason ialah aku tak bersungguh-sungguh nak bawak kereta pada masa itu. Orang putih kata, “no compelling desire,”.
Percubaan kedua ialah selepas aku habis belajar iaitu pada 2007. Masa tu berkobar-kobar la sikit. Lulus lesen L dan sempatlah pergi untuk first class. Entah apa benda yang dia ajar aku pun dah tak ingat. Tak register kat kotak memori aku. So, percubaan itu pun gagal sampai aku punya Lesen L pun dah expired. Punya bijak aku ni tak tau pun yang Lesen L ni boleh diperbaharui di JPJ sebelum expired 2 tahun juga.
So, pada tahun 2010, aku membuat azam tahun baru untuk belajar bawak kereta, by hook or by crook, I must have my driving license gak tahun itu. So, bersungguh-sungguh la aku membuat saving dan mengatur masa untuk belajar membawa kereta. Dan aku belajar di Safety Driving School di PJ. Memandangkan aku ni ada banyak pengalaman Lulus untuk lesen L, so, aku pun lulus la kan? Hehe.. So, to make the story short, aku pun berjaya la mendapatkan Lesen P dengan support dari ahli keluarga dan kawan-kawan yang memang dah sedia pandai bawa kereta.
Tapi, walaupun aku dah ada lesen kereta, aku masih tak berapa yakin nak bawak kereta sebabnya, aku takut. Aku tak suka lah bawak kereta manual. So, aku tak bawak lah kereta tu sampailah akhir tahun 2010, bila aku dah tukar kerjaya barulah ada enough salary untuk buat pinjaman beli kereta. Itu pasal la aku dapat itu Myvi warna grayish. Comel macam tuan dia juga! v(‘O’)v..
Hehehe..
First week kereta tersidai depan rumah aku sebab aku takut nak bawak kereta. So, adik aku la yang bawak kereta itu dan menghantar aku ke tempat kerja. Ish! Ish! Aku boleh hantar massage kat ex-bos aku cakap adik aku hantar pergi kerja, dia boleh gelak. Siut jer. So, nak taknak aku kena jugak berani kan diri untuk bawak kereta itu, travel la aku dari Taman Ikan Emas ke Setiawangsa.
Perasaan aku memang cemas. Aku pun tak tau nak gambarkan macamana cemasnya perasaan aku tapi, lama-lama aku rasa syok pulak bawak kereta ni. Di saat tangan aku pegang strereng, sambil dengar lagu kegemaran aku or kadang-kadang tu, dengar high beat song, aku sing a long rasa syok tuer.. best je layan, sambil-sambil mata aku dok jeling kereta yang kat belakang dok cucuk-cucuk belakang aku. Tahu la Myvi aku got sexy ass. Haha!!
Ada beberapa incident which I called "sufi's Bubu moment" yang aku lalui yang mana bagi aku agak malu sikit nak cerita tapi, wth.. aku tahu aku akan berdepan dengan risiko seperti digelakkan dan well, man could just said, "see.. I told you so! Women can't drive.."
Sh*t! Bubu-moment no. 1
First time I got my Bubu moment, masa tu aku tidor kat rumah kawan aku, Renee di Seputeh. Sebelum tu, aku dan kawan2 nak celeb birthbay boyfriend dia kat Hard Rock Cafe. So, aku pun bawaklah Myvi ku itu ke bandarayara Kuala Lumpur untuk kali pertama. Walaupun, ada member laki kat dalam kereta tu tapi, dia pasrahkan saja dan beri semangat kat aku untuk redahkan saja memandu ke KL. Namun demikian, aku surrender masa nak parking kereta. Tukar driver beb. Belum cukup confidence lagi. Aku punya lah bangun pagi-pagi, seawal 7.00am sebab aku nak elakkan banyak kereta kat jalan raya. Dengan mamai2 aku pun menjalankan misi untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba, tak sampai 3 saat aku jalan ke depan, kereta aku tersangkut. Ke depan pun tak boleh, ke belakang pun tak boleh. Aku cuak beb. So, aku matikan enjin. Ahhhh.. sudah!!! Biar betul!! Ada batu empat segi bawah kereta aku, ngam-ngam saiz dia. Ish!! Aku dah gelabah dah.. nak buat apa ni?? So, nak pendekkan cerita aku pun mintak laa tolong dengan kawan laki aku semalam tu. Dia pun datanglah membantu, "Apa kes ni, piah?!" Tergelak dia tengok ada batu ada bawah itu kereta..!! Serius, aku tak nampak batu tu depan mata aku. Dalam hati aku dah dok menyumpah tuan rumah yang ape ke bengapnya letak batu besar gaban tu depan rumah dia. Dah alang-alang nak letak batu, biarlah letak batu nesan ke apa..
Lepas tu, entah macamana kawan aku dok godek-godek, siap terbaring-baring nak keluarkan batu kejadah tu punya pasal laa.. Akhirnya, berjaya kawan aku tu keluarkan batu itu. Thanks Bro! Nasib baik ada engko kan? Kalau tak aku dah nak towing dah..tak pasal-pasal melayang rm100..
Bubu-moment no.2
Kejadian kedua ni pun berlaku kat Seputeh.. masa tu aku dah terror sikit memandu Myvi. So, aku tidor kat rumah Renee lagi sebab lewat sangat balik dari lepak-lepak kat KL. Aku tergerak nak parking dalam sikit. Dah laa mamai-mamai nak tidor, maklumlah dah pukul 2.00am masa tu..
Tiba-tiba, Myvi aku tertumus ke depan sebelah kiri. Aku cuak. Aku try reverse, gagal! So, aku kuar tengok rupa-rupanya tayar kereta aku sebelah kiri dah masuk dalam lubang longkang..
Siut betullaaaa!!! Habis Myvi aku. Renee cakap, biarlah dulu.. Esok baru pikir.. jom tidor dulu! Uhhhhh... Hurm.. hopeless!
So, esoknya orang pertama aku call ialah abang no.2 aku. Angah. Dia kata dia kerja tapi, dia cuba laa datang secepat mungkin. So, selain daripada dia, aku try call emergency MyVi 24 jam tu. Dia kata kalau nak towing dia boleh nego RM80. Dalam purse aku cuma ada RM50 jern so aku buat deal dgn member aku kalau dia boleh pinjam lagi RM30. Ishhhhh!! Leceh betul laa.. Tiba-tiba, Angah come to the resque. Dia call aku kata dia on the way dengan member dia, Sarjan. So, cancel lah towing tu... selamat RM80 aku.
Bila Angah dah sampai, dia gelak kaw kaw dulu baru dia figure nak buat apa. Hampeh!! So, macam macam lah idea, nak tarik guna kereta member dia lah, nak jack kereta tu lah tapi, tanah lembut. Tiba-tiba ada lah sorang ane(indian guy) tu datang. Dia kasi idea, "Kita tiga orang kasi angkat la ini kereta, lepas tu dia reverse.." Aku dengan muka blur pun okey kan saja.
Bersungguh-sungguhlah Angah, Sarjan dan Ane tu angkat Myvi aku bahagian kiri depan dan aku pun mereversekan kereta aku. Jeng jen jeng... yes!! Berjaya!!!!!!!!! So, sesudah hulur RM10 kat Ane, dengan malu-malu Ane tu pun ambil la.. Nasib baik ada dia kan?
Bubu-moment No.3
Malam tu aku, Hadil (kawan aku dari Egypt) dan Samara (gadis Arab berdarah Palestin dari German) plan la nak pergi makan-makan kat area KL. Ada satu tempat ni nama Andalusia, served makanan dari Mediterian. So, lepas aku picked up both of them, kitaorang pun off to Bukit Bintang area sebab kawan aku si Samara ni yang penunjuk jalan kata tempat tu kat Bukit Bintang, sebelum jalan nak ke Pavilion. Jalan apa entah aku pun tak ingat dah.. So, dia pun jadi tak sure Lorong mana nak ikut.. agaknya dah terlajak ke mana-mana aku pun tak tau lah.. Perut dah lapar ni tapi, nak juga try Restoran tu. So, entah macamana kitaorang terend-up kat depan Perhentian Teksi, depan bangunan Technip, berhadapan degan RHB HQ, Jalan Tun Razak, at our right side. Samara pun buat phonecall dgn member dia yag tahu tempat tu kat mana. Dia kata, landmark tempat tu kat sebelah kanan ada Prince Court Medical Center, masuk first junction sebelah kiri, terus jer dan jumpa la tempat itu.
So, aku pun dengan tak berapa nak yakin kat mana tempat tu start la enjin tu dan drive la. Tiba-tiba, sedar-sedar aku dah ternaik kat atas divider dan tersangkut. WTF!!!!! Aku keluar kereta tengok, sebelah kanan depan pulak yang nak kena jongket. Ada mamat tengah lalu, muka macam boleh blah, kira handsome, not bad la untuk orang Melayu aku pun mintak tolong. "Abang, boleh tolong tak?"suara lembut aku dok merayu. Dia pun tengok, muka blur. Nak gelakkan pun tak sampai hati agaknya. Dia pun garu kepala, macamana nak tolong ni? Nasib baik ada abang teksi ni datang. Godek-godek kereta ni, nak jack jer kereta aku tapi, mana pulak Jack dalam Myvi ni?? Aku dengan muka malu-malu, "jack saya tak de dalam kereta la Bang.."
Astaga..
Kawan aku si Hadil ni, biar aku citer dengan korang, dia ni masa tu baru balik dari revolution jatuhkan Hosni Mubarak. Serius. Dia laah antara beribu-ribu orang yang terpekik-pekik suruh si Mubarak tu letak jawatan. Dah tak boleh terima bullshit. So, dia bagi cadagan, angkatkan jer kereta ni dan reverse la. Macam biasa.. 2 orang laki, 2 orang perempuan angkat memang tak larat. So, ada tiga orang budak kolej agaknya tolong sekali. Ambik ko 5 orang tenaga lelaki. Alhamdulillah, selamat semuanya.
Terima kasih! Terima kasih!
Bubu-moment No.4
Yang ni yang paling aku tak boleh blah. Beteri kong - kena buat jumpstart. Aku call la adik beradik aku ni termasuk lah boyfriend tersayang. Hampeh! Masing-masing tak angkat telefon. Nasib baik aku park kereta kat parking space kat rumah aku. Last-last, adik bongsu aku, Safwan tolong menyelamatkan tapi, dia datang sejam kemudian la, bawak anak bini dia sekali. Adoyai! So, jumpstart kereta aku ni untuk kali pertama. Macamana boleh tak de bateri ni? Aku baru perasan yang aku terpasang lampu.. Hurm.. aku selalu check lampu, apasal laa hari tu aku boleh tak perasan. Kebiasaannya Myvi akan keluarkan bunyi bila lampu tak tutup tapi, tak de pulak aku dengar.
So, memag tak tau laa nak cakap apa kecuali, thank you la Bro! You come to the resque this time around.. :)
Reverse Parking Vs. Parrerral Parking.
Bubu moment in the parking space lagi lah ada storynya.. haha..tapi, nanti-nanti jelah cerita, malulah.. :P Yang aku nak reverse parking kat E-curve, Atrium. Ada ladies parking space.Huhuhu.. hadil tahu the story.. korang tanya laa dia..
Aku memang benci buat side-parking. Tak boleh blah.. Tapi, harungkan saja laa kalau terpaksa gak kena buat.. Lesson learned, tak kesahlah you ni lelaki or perempuan, memandu di jalan raya adalah perkara yang serius dan tidak boleh dibawa bergurau. Setiap individu mesti ada sikap bertanggungjawab. Jalan raya bukan tempat nak tunjuk power, nak banding siapa lebih hebat. Fine, you memang terror selit sana selit sini. Tapi, kalau kemalangan terjadi, yang rugi tu adalah anda dan orang yang kena langgar tuer. Kalau melibatkan nyawa tu macamana, betul tak?
Lagi satu, kepada kaum wanita yang memandu tu, tolonglah be extra careful dan bertoleransi. Kan bila kita dengar radio kat ERA ke, Hitz.FM kita mesti ada dengar pesanan masyarakat supaya bersikap berwaspada di jalan raya dan ini sebenarnya untuk kepentingan semua pihak.
Sebelum aku pandai bawak kereta ni..(ehem!!) aku pernah keluar dengan mamat ni, dia ni memang tak takut mati, bawak kereta macam pelisit. Pernah beberapa kali kitaorang kena accident seperti langgar divider, langgar bumber orang la tapi, yang paling aku tak boleh blah ialah dia nak masuk selekoh kiri, berebut nak selit dengan bas. Bodoh punya orang!! Bas ada depan kitaorang and dia pun nak masuk selekoh kiri, si bangang ni, bila dia tengok ada ruang, konon2 dia potong la, dia terus nak selit. Bila bas tu nak masuk ke selekoh kiri, bas tu pun tergesel la dengan kereta mamat bangang nier.. Habis la bumper depan dia tertanggal. Menggelabah dia! Padan muker! Aku pun malu giler.. bila orang-orang turun dari bas, tengok benda paling bodoh yang pernah dorang tengok!
Kadang-kadang orang yang terror bawak kereta ni ada bangangnya juga, kan?
Anyway, driving gives me two sort of power. Power of Freedom from Fear and Power of Freedom to Movement..:)
To be continue in Lady Driver Part II
So, this is for the BOYS!!! AMBIK KO!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Actually males are worse drivers compared to women because universally, men get in more accidents than women... and we all know results don't lie. lol.
ReplyDeleteAlia.
Suf, aku pon ade perkara yang memalukan masa drive keta...hahaha
ReplyDelete