Translate

Tuesday, May 31, 2011

Aku Perempuan dan Kau Lelaki



Aku rasa tergerak untuk menulis sesuatu tentang peranan gender apabila aku melihat video ini. Pembuat video ini cukup bijak menggambarkan apa itu streotype gender - khususnya apa peranan lelaki dan perempuan. Hanya menggunakan beberapa contoh untuk membezakan antara keduanya dan ada kalanya aku rasa lucu, betul - tepat kena batang hidung aku dan ada yang membuatkan aku rasa sedih dan terkilan. *sigh*

Kita review satu persatu, ok?

1. Selepas kerja.
Kebanyakan perempuan yang bekerja lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berumahtangga memang berhadapan situasi di mana mereka merasa bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja rumah / household work seperti mengemas, memasak, mencuci dan jaga anak.

Aku akui, aku belum kahwin lagi tapi, aku pernah melalui satu kehidupan di mana aku membawa peranan sebagai seorang kekasih dan aku diletakkan harapan oleh pasangan ku itu untuk menjaga makan minumnya serta pakaiaannya. Maklumlah, dia anak mak.. So, 2 tahun setengah aku rasa seluruh tenaga aku dicurahkan untuk seorang yang menganggap aku, harus menepati ciri-ciri seorang superwomen. Balik dari kerja, rumah nak kena kemas, baju nak kena basuh, dinner nak kena prepare. Aku lakukan semuanya kerana sayang. Dan aku mahu melakukannya. Lupakan apa yang berlaku antara aku dengan dia kerana ianya tak penting.

Bila aku kenang semula, aku tertanya, bagaimana aku boleh lakukan semua itu untuk dia? Adakah kerana aku diharapkan untuk melakukan semua itu, sementara lelaki bila balik dari kerja boleh lepak dok depan sofa, lepas makan, nak angkat pinggan masuk dapur pun payah, apatah lagi nak tolong membantu kemaskan dapur? Paling tidak pun, selepas mesin basuh selesai cucikan baju, hanya tinggal nak sidai baju di tengah panas? Bukan baju sapa-sapa, baju awak (kaum lelaki) juga.. betul tak?


Bila bini membebel di rumah, sebab awak tak reti or buat-buat tak reti pandai pula nak cari ketenangan di luar.. lepas tu mulalah.. cari mistress sebab kat rumah, tension! Bini tak cukup memahami.. yang awak penat cari rezeki di luar..(macamlah bini awak tu tak kerja.. even, jadi suri rumah pun boleh letih tau, dengan nak melayan anak-anak lagi, bila malam nak kena “jaga” awak lagi di atas katil.. erm.. macam yang disarankan oleh “Kelab Taat Suami” tuer.. Urrggghhh!!! First class Prostitute? Hurm.. I don’t want to start on that now.. well, at least not for now..

So, just imagine dah lah kerja penat-penat kat ofis, balik rumah pun nak kena buat kerja juga. So, kalau sayangkan bini bukan tinggal-tinggalkan, tapi, kalau sayangkan bini pandai-pandailah bertoleransi dan bekerjasama yer?




2. Watching Romantic Movie.
Aku memang ratu air mata kalau tengok Romantic Movie especially, made from Bollywood. Ish, kalau cerita Tamil lagi aku feel babe.. .Pernah sekali aku tengok cerita Sanggam part masa Radha terkantoi dengan Husband dia pasal surat yag dia pernah bagi kat ex-boyfriend dia (kawan baik Husband). Time tu memang aku feel sebab ex-bf kuat jealous time tuer. Hehe.. So, I rest my case la, kalah teruk! Tapi, ada jugak kawan perempuan aku yang memang tak boleh blah kalau cerita cintan ni.. aku pun kalau nak ikutkan cerita cintan tuer pun ada kelas kelasnyer, kalau setakat filem Yusof Haslam ker, Razak Mohedeen ker, memang tak boleh feel la.. But, the point is I acknowledge yang Perempuan macam aku ni sensitive sikit pasal bab-bab perasaan ni.. Cuma kena control laa.. Hehe..

Psst, aku nak kongsi sikit about my bf, dia pun meleleh gak tengok citer romantic ni.. Korang layan tak "KalHo NaHo"? Tangkap jiwang suit... hehehe.. dia kalau translate Hindi ke English.. perrggghhh.. menusuk jantung.. Ada satu kali tu, aku pernah ada dispute denga dia, KalHo Naho tu Hitrit Roshan dengan Amisha Patel yang berlakon. Tapi, dia mati-mati cakap Shah Rukh Khan dengan Preeti Zinta berlakon. AKu tak puas hati sampai bet RM50. Last-last, dia menang.. Not bad for a guy. AKu bukan apa, confused dengan cerita Kaho Na Pyar Hai..:P

Hehe.. Pernah sekali dia call aku, suruh aku tengok “The Force Of Nature” Lakonan Ben Affleck dan Sandra Bullock. I’m being the biggest supporter pun layankan je laa.. Anyway, this video clip is for you, boo!! I love you~



3. On a diet.
Ini aku kurang setuju tapi, pokoknya di sini bukan sebab perempuan bila diet, dia makan sekali makanan dalam pinggan boyfriend dia tapi, dia tak de “Iron Will” nak kuruskan badan. Honestly, sekarang ni aku sedang dalam misi untuk turun 10kg daripada xxx kg ke yyy kg.. sedangkan sejak October 2009 aku dah meng”enroll”kan diri dalam Fitness First dan mencuba MarieFrance BodyLine, tapi.. tak turun2 pun.. Hehe.. dan sekarang ni, sejak aku berada dalam Training LP ni, aku mula faham apa itu Compelling Desire, Solid Belief, Effective Action and Iron Will, itu pasal aku sekarang ni as of this time, dah turun 4kg sejak 4 minggu yang lepas... wooot!! Woot!!!! And, boyfriend aku ni pun tak nak kalah punya pasal, dia pun nak diet gak! Dia buat kerja giler, dia jalan kaki dari Phileo Damansara sehingga ke Kota Damansara dalam masa 1 jam 50 minit. Giler?! Well, aku rasa dia pun rasa tercabar, taknak kalah kan? Sebabnya ada sekali tu, dia timbang berat badan dia, dia panggil penimbang berat tu “penipu” lepas tu aku reply, “eleh, you yang live in denial.. memang you dah gemok pun,” Hehe.. agaknya, sebab tu laa kot dia pun nak turunkan berat badan... :P

So, baru-baru ni, kitaorang pun pergi la walking kat Taman Tun Dr. Ismail. Bersungguh-sungguh kitaorang nak bersenam nier. Hehe.. bagi aku, romantic gak berdiet sama-sama dengan boyfriend. Masing-masing support each other, wanted to achieve goal. Even, masa dinner pun, we watch what we eat, choose healthy food. Although, memang ada banyak temptation, ajakan makan kat restoran fatty crab la, makan kat hotel for buffet la, ad we both manage to say NO. Anyway, my important message ialah, nak jaga badan ni bukan sahaja untuk lawa, tapi, untuk maintain kesihatan dan semangat dalaman. Nanti, kalau dua-dua pun saling menjaga diri masing-masing, bila dua-dua dah look good together, mestilah rasa yakin diri pun meningkat, kan? And, yang paling penting, nyah.. dua-dua loving each other..forever ever laa hendaknya.. :P Amin.. so, lagu yang aku nak mainkan ni aku rasa, sesuai untuk lelaki juga, cuma tukar lirik jer.. Enjoy!



Well, Aku stop dulu untuk kali ni.. nanti bila-bila masa aku dah ada idea, aku tambah lagi..

Chachow!!!

No comments:

Post a Comment