Translate

Monday, September 5, 2011

Merdeka!! Or Merdeka??!








Tanggal 31 Ogos 2011, Malaysia menyambut hari kemerdekaannya yang ke-54. I don't really keen about it because of hari raya celebration. Lagipun, there is nothing to celebrate if we don't really understand why independent during 1957 is very important to the Malaysian and to the youth especially to the next generation? Or, is it just another public holiday. Lagi satu public holiday yang bakal disambut ialah 16 September 2011. Hari Malaysia.

Pada tahun 16 September 1963, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapore telah bergabung menjadi Malaysia. Sebelum itu, pelbagai drama yang berlaku. Brunei tak jadi be part of Malaysia. Singapore pula dah keluar dari Malaysia. So, yang tinggal Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak jelah. Hurm, sepanjang aku hidup ni, tak pernah lagi aku kunjungi Malaysia Timur lagi. Insyaallah.

Sejak kebelakangan ni, banyak suara-suara politik yang membangkitkan isu nasionalis. Salah satu isu yang hangat membahang ialah pasal PKM, Parti Komunis Malaya. Aku suka sejarah masa zaman persekolahan dulu dan aku gemarkan subjek itu bukan semata-mata kerana SPM tetapi, aku rasa inilah bangsa aku. Aku bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu dan sejarah memberitahu asal usul dan di mana titik permulaan bagaimana bangsa aku dibentuk.

Aku tak peduli dari mana keturunan nenek moyang kita berasal. Bak kata pepatah Melayu, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Menurut bapa aku, nenak moyang aku berasal dari Jawa. Jawa tu terletak dalam rumpun Melayu. Dari penghijrahan nenek moyang dari kepulauan Jawa datang ke Tanah Melayu, lantas membina kehidupan baru dan mencorak sejarah mereka sendiri dengan membawa budaya dan cara hidup sehingga memberi pengaruh terhadap generasi masa sekarang.. dan masa depan.

So, aku bercakap melalui pengalaman dan pengamatan menerusi kanta mata aku dan menilai melalui pemahaman aku sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga berbangsa Melayu dan hidup bermasyarakat dengan pelbagai kaum dan bangsa. Dan, aku bangga jadi rakyat Malaysia. Merdeka kita bagi aku ialah bebas dari perintah dan penjajahan Inggeris.

Namun, soalnya kini.. bebas lagikah kita dari kemelut sebenar yang sentiasa menghantui kita? Bebaskah kita dalam mencari kebenaran? Bebaskah kita dalam mencapai apa yang kita impikan untuk kita dan bangsa kita?

Aku tidak ada jawapan yang konkrit untuk soalan yang diutarakan. Aku masih mencari apa yang benar bagi aku. Apa yang aku tahu, hanya orang yang berani menghadapi kebenaran akan menjumpai apa yang diingini. Hanya orang yang tabah dan cekal mengharungi dan berusaha mendapatkan apa yang diimpikan.

Semakin besar harapan kita, semakin besar cabaran yang datang... Soalnya, apa yang kita mahukan secara keseluruhannya. What is our common goal as Malaysian? Merdeka?!! (garu kepala) or Merdeka!!!