Translate

Tuesday, August 23, 2011

Salam Lebaran 2011





Bulan Syawal bakal menjelma dan Ramadhan bulan barakah akan berlalu..













Sekejap betul masa berlalu.. Minggu depan dah nak raya.. Persiapan hari raya satu apa pun tak buat lagi. Aku rasa macam baru sekejap jer puasa bulan Ramadhan ni, tak puas rasanya nak solat Terawih. Bazar Ramadhan pun tak kunjung selalu. Makan jer apa yang mak masak. Kadang-kadang, bila teringin barulah pergi beli murtabak ataupun ayam percik.. Bila jalan-jalan Bazar pun, tak rasa terliur mana pun sebab, dah namanya "on diet".. :P






Bila cakap pasal nak raya ni, aku rasa sebak sikit sebab, tahun ni raya tanpa arwah atuk di Gopeng. Tiap-tiap tahun, mesti balik ke kampung. Sekarang ni.. entahlah.. suasana tentu tak semacam dulu lagi.. Biar pun sambutan hari raya sentiasa sederhana tetapi, perasaan kasih sayang antara sanak saudara sangat terasa..






Tertanya juga aku, kalau misalnya beraya di luar negara, apa laa perasaannya? Mesti lagi sayu kan? Adoyai... Aku tak pernah lagi beraya jauh dari keluarga kecuali Raya Haji. Sebab, cutinya pendek. Tak balik kampung. Tahun ni, cuti raya seminggu. Ofis aku pun tutup kedai seminggu. So, pendek kata, memang beraya sakan laa..






Tapi, aku tak rasa apa excited sangat pun tahun ni, baju raya pun pakai yang dah dulu-dulu punya sebab.. hahahaha.. baju 2 tahun lepas dah boleh pakai.. syiookknyaa.. dah lose weight ni kan, baju yang baru beli dah longgar. So, boleh dah pakai baju saiz M yang dari zaman dulu-dulu. Hahaha.. Anyway, tak boleh riak sangat kan sebab nantinya bila dah raya nanti, pergi open house sana-sini, dah kembali ke saiz L. Ish! Ish! Ish!






Buat haru biru jer.. Alahai.. duit raya laa.. Hurm.. nak kena located a sum of money for my anak buah and mak-mak sedara yang lain. Hehe.. moga-moga murah rezeki.. Erm.. dah besar panjang cam ni mana nak dapat duit raya lagi ek?






Kuih raya semua main tunjuk-tunjuk dan order. Mana lah ada masa nak duduk uli tepung bagai juadah tu.. Semua nak cepat jer.. Oredi made! Memang tak de hati laa nak buat.. Kalau rajin pun, maybe nak buat biskut cornfleks dgn madu. Tu jer! :P






Kad Raya? Huhu.. baru dapat sekeping. Itupun, dari SIS. So, cam ner? Aku pun tak teringat nak pos kat kawan-kawan.. Cam ner beb, semua pakai facebook, digital and SMS jer, kan? Hurm.. entahlah.. Raya dulu dah lain dengan raya sekarang ni.. Adakah kerana faktor umur? And dah tak dapat duit raya lagi? Tak jugak aku rasa.. Tapi, if it's to be, it's up to me what?


Anyway, kemeriahan hari raya tu bagi aku adalah terpulang kepada individu itu tersebut. Raya tahun ni, bagi aku lebih menjurus kepada keinsafan. Bila aku kenang semula, aku rasa bersyukur kerana aku ada ibu bapa yang masih lagi hidup dan aku masih boleh berjasa kepada mereka. Adik beradik yang aku boleh harap. Anak-anak buah yang menjadi penyambung harapan.


Maaf. Sekiranya ada terkasar bahasa atau tak berbahasa yang bisa menyinggung perasaan para sahabat. Maaf dari hati yang tulus ikhlas. Aku hanya insan biasa. Semoga lebaran ini membawa seribu makna kepada semua..


Salam Sayang,

Sufi.



No comments:

Post a Comment